Gaharu OEM

Info Gaharu

Gaharu adalah produk hutan bukan kayu berharga yang berasal dari pokok-pokok genus Aquilaria. Di Malaysia, pokok Aquilaria dipanggil karas dan kayu harumnya terkenal dengan panggilan gaharu. Gaharu wujud sebagai resin wangi yang terkumpul di dalam batang dan cabang pokok yang mati di mana sel-sel pokok yang mati dan hidup wujud dalam keadaan bercampur-campur. Kandungan oleoresin harum gaharu yang istimewa ini boleh mencapai harga yang tinggi kerana usaha yang dilakukan untuk menghasilkan campuran sesquiterpenes dan chromones yang unik ini secara sintetik masih belum berjaya.