Juara Agarwood Resourse Sdn Bhd

Info Gaharu

Gaharu adalah produk hutan bukan kayu berharga yang berasal dari pokok-pokok genus Aquilaria. Di Malaysia, pokok Aquilaria dipanggil karas dan kayu harumnya terkenal dengan panggilan gaharu. Gaharu wujud sebagai resin wangi yang terkumpul di dalam batang dan cabang pokok yang mati di mana sel-sel pokok yang mati dan hidup wujud dalam keadaan bercampur-campur. Kandungan oleoresin harum gaharu yang istimewa ini boleh mencapai harga yang tinggi kerana usaha yang dilakukan untuk menghasilkan campuran sesquiterpenes dan chromones yang unik ini secara sintetik masih belum berjaya.

Sebelum ini, India memainkan peranan penting sebagai pembekal utama dalam perdagangan gaharu global, terutamanya pasaran di Timur Tengah yang mempunyai permintaan yang tinggi. Akan tetapi, akibat amalan teknik penuaian gaharu liar yang tidak lestari di kawasan ini menyebabkan mereka kini terpaksa mengimport hasil-hasil gaharu dari luar negara bagi memenuhi permintaan domestik dan luar negara. Gaharu biasanya dijual dalam beberapa bentuk termasuk tumbuhan (anak benih dan pokok matang) dan kayu balak serta kayu (woodchips), minyak dan habuk kayu. Kebanyakan bentuk gaharu separa proses atau mentah dalam yang dijual mencapai kira-kira 10 cm panjang dan dikenali sebagai “woodchip”. Kini, di Malaysia. banyak produk-produk hiliran berkonsepkan gaharu telah berjaya dihasilkan dan dipasarkan di dalam dan luar negara.

Secara tradisinya, gaharu telah digunakan sebagai ubat sedatif, analgesik dan bahan bagi membantu memudahkan pencernaan. Minyak pati gaharu yang berharga merupakan bahan campuran terkenal dalam pelembap wangi di Timur Tengah. Serbuk gaharu gred tinggi pula digunakan dalam perubatan Cina dan dalam pengeluaran sebatian farmaseutikal. Gaharu digunakan sebagai balm kompleks untuk penyakit cacar dan pelbagai ketidak-selesaan perut. Kajian etno-perubatan yang dijalankan di Bangladesh mendapati bahawa bahan daripada pokok Aquilaria spp. Sering  digunakan untuk merawat sendi. Baru-baru ini, karya saintifik mengenai Aquilaria spp. telah menunjukkan keputusan yang menggalakkan dalam bidang farmakologi. Salah satu kajian pertama yang berkaitan dengan gaharu ekstrak alkohol dari batang dan kulit Aquilaria malaccensis. Kajian ini mendapati ekstrak alkoholik ini menunjukkan aktiviti kardiotonik ringan dan berkesan ke atas “Eagle’s carcinoma” di bahagian kerongkong. Satu lagi kajian berjaya membuktikan bahawa wap minyak pati gaharu mempunyai kesan sedatif melalui penilaian aktiviti penenang dan pengujaan dengan memerhatikan aktiviti motorik spontan tikus. Ekstrak yang diperolehi dari daun Aquilaria sinensis pula telah terbukti mempunyai aktiviti anti-radang, antitumor, analgesik, terapeutik, serta profilaktik pada sembelit, halangan usus, dan obesiti termasuk kesan terapeutik pada pendarahan, iskemia serebrum, dan kesan pengurangan glukosa darah. Ekstrak dari daun Aquilaria malaccensis menunjukkan aktiviti antioksida yang kuat.