Syarikat Juara Agarwood Resources Sdn Bhd sempat menyerahkan sumbangan produk Hand Sanitizer Gaharu keluaran JARSB sebagai tangungjawab sosial kepada Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (PARFUM).
Dari kiri adalah Penasihat Perundangan Tuan Arief, Pengarah Teknikal Haji Jamaluddin, Presiden PARFUM Tan Sri Sharizat Abdul Jalil dan Pengarah Operasi Tuan Hafiz sempat bergambar di pusat pengumpulan sumbang.
PARFUM telah melancarkan satu program yang dikenali sebagai PARFUM Outreach Programme (POP) bagi membantu para pelajar di Universiti Malaya yang telah terkesan akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKP 3.0) yang telah dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan yang mana PARFUM akan memberi sumbangan berupa peralatan kebersihan diri (personal hygiene kit) kepada pelajar-pelajar tersebut.